Friday, November 26, 2010

UTHM Tubuh Kelab Perkim

Keratan Akhbar Sinar Harian
 http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8435790.asp

Assalammualaikum....w.b.t
                      Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi, kerana dengan limpah dan hidayatnya dapat saya membuka satu ruangan baca saya di dalam blogger ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai aktiviti yang saya pernah jalankan dan ikuti sepanjang tahun ini. Sebagaimana keratan akhbar yang berada diatas ini adalah merupakan pertubuhan pertama Kelab Perkim yang bertapak di UTHM dimana,julung-julung kalinya penubuhan Perkim atau (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) bermula sebelah zon selatan di pringkat IPT. Perkim adalah salah sebuah organisasi yang membimbing golongan mualaf masuk islam, dengan bantuan perkim ini mereka dapat menyatakan niatnya dan berubah dengan cara islam itu sendiri, malahan skop tugas perkim bukan setakat mengislamkan golongan mualaf, tetapi Perkim juga ada membuat aktiviti yang lain seperti khidmat masyarakat, misi bantuan dan sebagainya.
                   Ini merupakan satu platform yang sangat baik kerana Perkim telah memperluaskan sayapnya bukan sahaja di peringkat masyarakat umum khususnya, malah membuat satu intensif baru menubuhkan perkim di peringkat IPT.
                    Saya bersyukur kerana pihak perkim memilih UTHM antara salah satunya untuk tubuhkan Kelab Perkim, Saya sebagai pemangku YDP Perkim UTHM selaku Timbalan Pengerusi Rakan Masjid UTHM sangat berbesar hati dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak perkim kebangsaan sendiri kepada Universiti kami.
                    

No comments:

Post a Comment