Friday, November 26, 2010

Lawatan ke Muzium Kesenian islam dan majlis sambutan ke-50 Perkim kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.









                   Pada hari Sabtu, 6/11/2010 satu lawatan telah diadakan di Muzium kesenian Islam Kuala Lumpur. Lawatan ini diikuti seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada Rakan Masjid UTHM dan Kelab Perkim UTHM. Kami bertolak dari UTHM pada pukul 9.30 pagi dan sampai di muzium pada pukul 2.00 petang. Lawatan ini merupakan lawatan sampingan sahaja untuk pelajar melihat sendiri sejarah2 kedatangn Islam di pelusuk negara, di muzium ini terdapat pelbagai jenis artifak2, alatan2, monumen, dan sebagainya yang lama digunakan oleh masyarakat dahulu di setiap negara masing2, memang menarik membaca sejarahnya.
                  Di sebelah petang, dalam pukul 5.30 kami semua bertolak ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ini merupakan tujuan kami semua datang ke konvensyen sambutan ulangtahun ke-50 perkim kebangsaan, di masjid wilayah ini, banyak booth2 dan gerai2 yang bukak untuk penjualan seperti makanan, buku, aksesori dan sebagainya sempena ulangtahun perkim ke-50, sungguh menarik suasana ketika itu ramai masyarakat dari pelbagai negeri datang untuk berkunjung di situ.
                  Pada sebelah malam adalah merupakan majlis makan malam sempena meraikan ulangtahun perkim turut sama-sama hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan isterinya serta Tun Dr Mahathir Mohamad bersam isterinya, banyak aktiviti2 yang dilakukan pada majlis makan malam tersebut antaranya adalah persembahan nasyid kumpulan saujana, persembahan selawat, ghazal dan sebagainya, sungguh menarik...dan kami semua berpuas hati dengan majlis tersebut serta layanan yang diberikan oleh pihak pelaksana majlis

No comments:

Post a Comment