Monday, November 29, 2010

Melihat Keindahan Semulajadi yg Allah ciptakan di Mudik Sungai Batu Pahat













Assalammualaikum.....
                           Alhamdulillah sewaktu ni, kami bru habiz program misi bantuan dan bergotong-royong pada tarikh yg sama 28/11/2010. Kire dalam pkul 11.15 pagi kami sekarang ni, berada di muara sungai Batu Pahat di Jalan Kampung Muhibbah, Peserai Batu Pahat....menaiki bot pak cik, yg membawa penumpang untuk ke seberang dengan hanya rm1.00 sahaja, alhamdulillah sungguh baik pak cik ini....kami semua dibwa pusing sekeliling muara sungai BP untuk melihat keindahan semula jadi yg Allah ciptakan sungguh menarik apabila melihat secara dekat.....hehehehe

Misi Bantuan dan Bergotong-Royong di rumah mak cik zaharah kerjasama Abim Batu Pahat, Bp Care, Insani, Aswa dan Rakan Muda Sri Medan










Assalammualaikum...
                            Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi, kerana dengan limpah kurnianya...dpt saya mmpnyai masa untk mengupdate blog saya. Pada kali ini, saya akan menceritakan mengenai aktiviti saya yang trbaru..alhamdulillah pada 28/11/2010 diadakan satu program iaitu misi bantuan dan bergotong-royong untuk membantu org yg dalam keadaan daif, serba kekurangan dan tidak mencukupi sesuatu....alhamdulillah jga pada kali ini Allah beri taufiq dan hidayah kepada kami dan rasa simpati ingin membantu seseorang insan warga tua yang dikenali dengan mak cik zaharah...keadaannya mmg mnyedihkan....hidup dalam serba kekurangan..dgn keadaan rumah yang sudah lama, hidup berseorangan dan sbgainya. Beliau mempunyai ank dan cucu, pada aslnya...mmg ank2 mak cik zaharah mahu membantu ibunya untuk keluar dri keadaan sebegitu, ttpi itu merupakan kehendak mak cik zaharah sendri untuk hidup secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa, beliau seronok menikmati dunia beliau.....Jadi kami daripada pelbagai agensi-agensi tergerak hati untuk membantu memberi sumbangan kepada mak cik zaharah disamping melakukan aktiviti bergotong-royong secara beramai-ramai.
                            Agensi-agensi yang terlibat sama dalam menjayakan program misi bantuan dan bergotong-royong adalah dari wakil agensi kami sendiri iaitu (Non-Goverment) NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Batu Pahat, INSANI (persatuan ibu tunggal) daerah batu pahat, ASWA ( Angkatan Wanita) daerah batu pahat, Rakan Muda kawasan Seri Medan dan penduduk kampung kg. Tambak, Jalan Muhibbah, Peserai Batu Pahat. Alhamdulillah Program ini, hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Masanya sekejap ttpi high impactnya sgt besar...
                             Pada permulaan program ini, kami diajarkan cara untuk merenggangkan badan, dengan melakukan Poco-Poco, mmg menarik dengan pelbagai teknik yg complicated, ttpi alhamdulilllah seronok, aktiviti bersenam poco-poco ini adalah untuk menyihatkan badan dan menguatkan tenaga kita InsyaAllah, dan selepas aktiviti ini baru kepada main event program, iaitu bergerak ke tapak perumahan mak cik zaharah, lebih kurang seramai 20 orang yang turut sama2 membantu mak cik zaharah ini.
                             Mudah2han dengan bantuan dan sumbangan yang tidak seberapa ini, dapat mengembirakan hati Mak cik zaharah, disamping mengurangkan bebannya, dan mudah2han jga yang paling penting niat kami untuk membantu adalah ikhlas kerana Allah taala, disamping simpati terhadap keadaan beliau. InsyaAllah, kami semua berharap dan berdoa agar mak cik berada dalam lindungan dan keredhaan Allah...
       

Daripada Saya Wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Batu Pahat
Wassalam....

Friday, November 26, 2010

Suasana di kolej kediaman taman kelisa di blok 6 aras bawah







Assalammualaikum....
                          Hari ini saya ingin menceritakan tentang kelebihan kolej kediaman saya, klej kdiaman pelajar tanpa asrama Taman Kelisa, mempunyai 10 blok, dan 1 blok ade 3 aras. 1 aras mempunyai 6 bilik dan 1 blik 2 org, menjadikan 1 aras itu mempunyai 1 org penghuni. hehehe.  kelebihan asrama saya adalah mempunyai televisyen 25 inci setiap aras ada 1 sahaja televisyen, selain itu, ada kemudahan mesin basuh....bsuh sahaja tidak mmerluka coin untuk msukkannya scara auto.hehehe
                          Selain itu, kami (mahasiswa) sendri memasang route stremyx di aras kami iaitu aras bwh. hehehe memudahkan kami untuk serving internet dengan mudah serta kerja mendownload sesuatu dgn cpt.

Bermain Ping Pong Bersama Kawanku


Assalammualaikum....
                          sudah lama saya tidak bermain ping pong...rindu rsenya, mahu bermain selalu tetapi ada shaja kekangan masa, jadi asyik tertangguh, sungguh terkilan. Gambar ini merupakan sewaktu saya bermain dengan sahabat saya naqiuddin, jarang kami berjumpa disbbkan kami berlainan tempat belajarnya....jdi di mse kesempatan inilah saya gunakan bersama sahabat saya untuk beriadah atau pun untuk tenangkan diri
                         Pada waktu ini, saya menang hehehe 21-10 hebat x?? hehehe sudah lme x bermain, jdi x giat aktif la pergerakan perlawanan sy....lagi2 bdn pown dah semakin naik hahaha....itu la problemnya x kawal mkn hehehe, tpi alhamdulillah minat sukan tu masih ade, dripada mereka yang x mahu bersukan hehehe

Lawatan ke Muzium Kesenian islam dan majlis sambutan ke-50 Perkim kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.









                   Pada hari Sabtu, 6/11/2010 satu lawatan telah diadakan di Muzium kesenian Islam Kuala Lumpur. Lawatan ini diikuti seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada Rakan Masjid UTHM dan Kelab Perkim UTHM. Kami bertolak dari UTHM pada pukul 9.30 pagi dan sampai di muzium pada pukul 2.00 petang. Lawatan ini merupakan lawatan sampingan sahaja untuk pelajar melihat sendiri sejarah2 kedatangn Islam di pelusuk negara, di muzium ini terdapat pelbagai jenis artifak2, alatan2, monumen, dan sebagainya yang lama digunakan oleh masyarakat dahulu di setiap negara masing2, memang menarik membaca sejarahnya.
                  Di sebelah petang, dalam pukul 5.30 kami semua bertolak ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ini merupakan tujuan kami semua datang ke konvensyen sambutan ulangtahun ke-50 perkim kebangsaan, di masjid wilayah ini, banyak booth2 dan gerai2 yang bukak untuk penjualan seperti makanan, buku, aksesori dan sebagainya sempena ulangtahun perkim ke-50, sungguh menarik suasana ketika itu ramai masyarakat dari pelbagai negeri datang untuk berkunjung di situ.
                  Pada sebelah malam adalah merupakan majlis makan malam sempena meraikan ulangtahun perkim turut sama-sama hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan isterinya serta Tun Dr Mahathir Mohamad bersam isterinya, banyak aktiviti2 yang dilakukan pada majlis makan malam tersebut antaranya adalah persembahan nasyid kumpulan saujana, persembahan selawat, ghazal dan sebagainya, sungguh menarik...dan kami semua berpuas hati dengan majlis tersebut serta layanan yang diberikan oleh pihak pelaksana majlis

Ikatan Berkasih, Jalinan Bertaut






                         Ikatan Berkasih, Jalinan Bertaut merupakan tema majlis makan makan malam pada hari ahad 21/11/2010. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan majlis tertinggi Rakan Masjid UTHM yang baru sesi semester hadapan. Selain itu, majlis ini juga adalah sesi berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan Majlis Tertinggi Rakan Majid yang lama dan baru.
                         Semoga dengan adanya Majlis Tertinggi yang baru ini, dapatlah sama-sama melaksanakan tanggungjawab tugas dengan jayanya serta ikhlaskan diri dalam berorganisasi Rakan Masjid. Mudah-mudahan jga, rakan masjid dapat perkembangan dakwahnya secara total di peringkt universiti secara khususnya dan lebih baik lagi dikenali diperingkat masyarakat umum amnya InsyaAllah. 

UTHM Tubuh Kelab Perkim

Keratan Akhbar Sinar Harian
 http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8435790.asp

Assalammualaikum....w.b.t
                      Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi, kerana dengan limpah dan hidayatnya dapat saya membuka satu ruangan baca saya di dalam blogger ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai aktiviti yang saya pernah jalankan dan ikuti sepanjang tahun ini. Sebagaimana keratan akhbar yang berada diatas ini adalah merupakan pertubuhan pertama Kelab Perkim yang bertapak di UTHM dimana,julung-julung kalinya penubuhan Perkim atau (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) bermula sebelah zon selatan di pringkat IPT. Perkim adalah salah sebuah organisasi yang membimbing golongan mualaf masuk islam, dengan bantuan perkim ini mereka dapat menyatakan niatnya dan berubah dengan cara islam itu sendiri, malahan skop tugas perkim bukan setakat mengislamkan golongan mualaf, tetapi Perkim juga ada membuat aktiviti yang lain seperti khidmat masyarakat, misi bantuan dan sebagainya.
                   Ini merupakan satu platform yang sangat baik kerana Perkim telah memperluaskan sayapnya bukan sahaja di peringkat masyarakat umum khususnya, malah membuat satu intensif baru menubuhkan perkim di peringkat IPT.
                    Saya bersyukur kerana pihak perkim memilih UTHM antara salah satunya untuk tubuhkan Kelab Perkim, Saya sebagai pemangku YDP Perkim UTHM selaku Timbalan Pengerusi Rakan Masjid UTHM sangat berbesar hati dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak perkim kebangsaan sendiri kepada Universiti kami.