Thursday, December 2, 2010

Logik Akal VS Logik Hati

"Please switch off mobile," pesan Pak Imam.
Allahuakbar. Takbir memisahkan kita dengan dunia luar. Kita kini sedang membuat persembahan. Persembahan kepada Allah s.w.t.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah ringtone siapa la pula ni," hatiku mendengus kemarahan.
Tet..tet..tet..
Masih berbunyi.
Tet..tet..tet..
"Ya Allah..taknak off lagi tu.." memang mencabar keimanan.
Bukankah baru sekejap tadi Imam memberi peringatan. Ada juga manusia yang kurang faham. Geram!
Demikian peristiwa yang bukan sekali tapi acap kali berulang. Banyak manapun pesanan oleh Imam, tetap ada yang degil dan keras kepala.
Ini adalah refleksi kehidupan manusia. Jika dibaca dan direnung kitab Allah s.w.t, terlalu banyak peringatan yang diberikan. Namun menariknya, manusia tetap tidak mempedulikannya.
Ironinya sekiranya mereka menghadiri majlis-majlis keraian orang besar-besar seperti majlis bersama raja-raja, tahu pula mereka etika berbicara. Tahu pula adat bersama orang hebat. Tapi bila hendak menghadap Allah s.w.t, tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui.
Suatu hari aku bersembang dengan Mr. X.  Kami berbincang tentang perkara yang sama. Cuba mencari punca masalah.
"Kita membuat keputusan bukan menggunakan akal. Tapi hati. Ramai orang hatinya mati. Maka gunakanlah banyak logik akal sekalipun, tidak menjadi. Yang kena guna adalah logik hati!"
Logik hati?
Tidak pernah kudengar istilah logik hati ini. Hari ini dalam sejarah gamaknya. Aku tersenyum.
"Logik hati ni bagaimana pula?" aku bertanya.
"Logik hati ini unik. Aku tidak mahu memberikan jawapannya sekarang. Logik hati untuk orang yang mencari. Maka sila mulakan pencarian anda."
"Aiseh...Mr. X. Ini tidak kira mencari ke?" cuba mengumpan.
Mr. X tersenyum.
Logik hati...
Logik hati...
Hati sememangnya satu organ yang cukup unik. Andai kereta perlukan enjin, maka manusia perlukan hati. Buta hati, baik hati, murah hati, gelap hati, hati-hati. Semuanya hati.
Pesan ulama, jika kita ingin mengubah dunia, maka ubahlah manusia. Dan jika ingin mengubah manusia, ubahlah hatinya.
Maka marilah kita semua menyucikan hati ini.
Juga....
Mencari logik hati... ^_^

Tuhan Masih Sayangkan Saya

"Tuhan masih sayangkan saya".. ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.
Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:
"... syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."
Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah bersu'uldzon (sangka buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian di dalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?
Masih?
Perkataan MASIH dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa. Tak faham? Ok, lihat contoh dibawah ini:
Saya MASIH belajar di UITM, saya akan berhenti belajar apabila berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan.
Atau :
Saya MASIH menunggu ketibaan kapal terbang di KLIA. Kapal terbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah saya akan berhenti menunggu.
Saya MASIH hidup walaupun mengalami kemalangan yang dahsyat kerana belum tiba ajal lagi.
Jadi, adakah : Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda, tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, maka, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...
Sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang! Allah SENTIASA sayang dan MEMANG sayang dan AMAT kasih pada sekelian hamba-Nya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!
Allah Bukan Seperti Kita
Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistem-Nya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.
Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T.
Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?
Daripada Anas bin Malik R.A :
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolongan-Ku, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunan-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemui-Ku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak syirik kepada-Ku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."
(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)
Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun dosa seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar doa dari hamba-hamba-Nya.
Buang Rendah Diri Dan Sangka Buruk
Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan juga su'uldzon (sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.
Please be fair to Him!!
Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hamba-Nya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.
Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,
"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun aku tetap ada Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."
Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan?
Kun Faya Kun?
Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikan-Nya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:
Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.
Di zaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.
Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya).
Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu?
Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku ke atas diri kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah, bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah?
Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad :
"Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hamba-Ku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan."
(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan)
Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon (sangka baik) dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakan-Nya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Positif Atau Negatif? Pilihan Masing-Masing
Maka kerana itulah kajian fizik quantum mendapati bahawa:
"Anda menarik ke dalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif."
Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya ke dalam hidup anda.
Itulah persangkaan-persangkaan anda, atau fokus anda, perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain. Tindakan menyebarkan berita hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar seseorang itu.
Bersangka baiklah.

Bersandar Kepada Kehebatan Orang Lain

Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat.
Ada beza antara keduanya?
Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan membaikinya.
Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa.
Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain.
Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain.
Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita.
Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama.
Kita mula berbicara "Ah, aku kenal Menteri Besar tu", "Oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu". Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya ialah kita hilang nilai-nilai kehebatan diri sendiri kerana hanya suka menyandarkan kehebatan kita pada diri orang lain.
Kita akan tertipu dengan pengiktirafan yang diberikan kepada kita hanya kerana orang lain.
Kita hilang nilai jati diri kerana hanya ingin dipandang hebat, padahal banyak sisi-sisi kelemahan yang tidak kita sedari atau enggan kita akui.
Lama-kelamaan, kita mula menjadi orang yang ingin mengejar populariti dan nama, bongkak dan takabbur dengan diri sendiri. Ya, kita dipandang hebat.
Tapi kerosakan mengambil tempat di hati, dan dalam kehidupan kita.
Andai kata kita hilang segala manusia-manusia hebat di sekeliling kita, apakah akan berlaku kepada kita?
Adakah kita masih akan dipandang hebat?
Bahkan kita akan serta-merta jatuh kepada kehinaan kerana kita tidak punya nilai kehebatan diri sendiri.
Kita tidak akan mampu berdikari dan hidup di tengah-tengah gelombang yang hebat kerana kita hakikatnya tidak hebat.
Kita hanya menumpang pada kehebatan orang lain.
Bukan ertinya tidak boleh kita merapati orang-orang yang hebat, itu semestinya.
Yang lebih penting ialah kita mempelajari sesuatu daripada mereka dan berusaha menjadi hebat seperti mereka, bukan hanya menumpang gelaran mereka yang tidak layak untuk kita.
Maka kita harus mengubah mentaliti daripada ingin dipandang hebat kepada ingin menjadi hebat dalam erti kata yang sebenar.
Sekali pun manusia tidak memberikan pujian dan pengiktirafan, kita tetap berusaha menjadi hebat dan hanya mengharapkan pengiktirafan Allah dan Rasul.
Jika kita mengimbau sirah Rasul dan para sahabat, kita akan menyedari betapa setiap orang daripada para sahabat sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti ilmu, jasad dan emosi mereka. Kerana itulah mereka terus beristiqamah dalam dakwah Islam setelah kewafatan Rasul.
Hakikatnya, Rasulullah datang bersama Islam dan melahirkan generasi yang memang hebat, bukan hanya dipandang hebat. Berbeza dengan kita yang sentiasa ingin digelar dengan gelar-gelar yang hebat, diiktiraf dan sebagainya, namun kosong tak terisi.
Ibarat debu-debu berterbangan, hilang bersama tiupan angin.
Kesimpulannya, berusahalah menjadi orang yang memang hebat, bukan hanya dipandang hebat.
Ingatlah bahawa kita langsung tidak hebat tatkala kita membelakangkan Allah dan Rasul.
Pergantungan kita kepada manusia akan menjadikan kita menjadi hina di sisi Allah dan Rasul.
Orang yang tidak mengiktiraf kehebatan Allah dan Rasul sebenarnya tidak layak langsung diitiraf

Memiliki Qalbun Salim (Hati Yang Sejahtera)

           Umum mengetahui bahawa hati merupakan penentu tindakan seseorang sama ada bertindak secara rasional atau tidak.Dalam ayat yang mudah sama ada segala tindakan yang dilakukan itu merupakan satu tindakan yang menjurus ke jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Hati juga adalah raja dalam kerajaan diri.
          Tanyalah diri kita, adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini dikuasai oleh hati yang mengikut telunjuk syaitan atau pun hati yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betapa sukarnya mendidik hati yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan ini.
                Itulah peperangan yang perlu dilalui oleh setiap mukmin bagi mendapatkan qalbun salim. Sudah pasti setiap mukmin tidak mahu menyimpan hati yang sakit, hati yang dikuasai oleh sifat mazmumah serta begitu sedikit atau tipis sifat mahmudah yang bertandang dalam diri. Begitu juga dengan hati yang mati, hati yang tiada nur, hati yang penuh dengan titik-titik dosa atau noda yang pasti membuatkan manusia itu lupa atau lalai dengan tujuan hidupnya di dunia.
                 Bagaimana hendak mendapatkan hati yang dilimpahi nur-Nya yang dapat mengubah kehidupan manusia itu sendiri? Bagaimana hendak berdakwah sesama mukmin, begitu juga dengan ahli keluarga sendiri yang kadang-kala terlalu banyak dugaannya berbanding orang lain yang harus dijalani?
Pokok pangkalnya semuanya berpunca dari hati, hati yang cintakan sesama Islam, sesama saudara seagama, kaum keluarga, hati yang ingin mengubah diri, hati yang mencintai kebaikan. Tetapi mampukan kita istiqamah kerana terlalu besar peperangan dengan syaitan ini. Sama ada kita mampu melaluinya atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dilalui dan dijalani.
Bagaimana hendak memperoleh hati yang sejahtera ini? Hati yang sejahtera dari syirik, syak, was-was, hati yang sejahtera dari bintik hitam dosa, hati yang sejahtera dari cinta kepada dunia serta hati yang sejahtera dari sifat mazmumah? Adakah hanya memadai dengan solat, dan membaca Al-Quran semata-mata?
Bagaimana pula dengan niat semasa mengerjakan ibadah tersebut? Adakah kerana inginkan pujian manusia? Atau adakah kerana sebab-sebab lain? Pokok pangkalnya bagi memperoleh hati yang sedemikian rupa adalah dengan keikhlasan yang amat tinggi dalam hati kita. Hanya dengan ikhlas melakukan ibadah dan amalan kebajikan dapat membentengi diri dan menjadi pendinding daripada hasutan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.
Bagaimana hendak membentuk hati yang sejahtera? Semoga Allah memberi kita kelapangan masa dan peluang bagi mempelajari ilmu berkaitan hati. Muhasabahlah diri kita, jangan memandang hina kepada sesiapa pun walau kepada manusia yang berperangai buruk sekalipun.
Aturlah masa sebaik-baiknya kerana;
Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Surah Al-Ashr.
Jagalah makan dan minum kita dari makan yang haram dan syubhat. Di sekeliling kita, manusia terlalu terdedah dengan makanan-makanan segera. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid,beristighfar dan bertaubat, memelihara diri daripada dosa, membuang sifat mazmumah, berjihad melawan nafsu,menyuburkan amalan soleh, bersahabat dengan orang soleh, istiqamahkan zikir dan Al-Quran, sentiasa mengingati mati dan paling utama berdoa kerana doa itu senjata mukmin.
Akhir kata, berusahalah kita mendapatkan nur yang gemilang bagi hati. Semoga kita tergolong dalam manusia yang dipilih oleh Allah ke jalanNya. Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam segala amalan kita, meskipun kita mendapat cacian orang sekeliling kerana sesungguhnya amalan yang ikhlas pasti dapat membantu kita mendapatkan qalbun salim.

Monday, November 29, 2010

Melihat Keindahan Semulajadi yg Allah ciptakan di Mudik Sungai Batu Pahat













Assalammualaikum.....
                           Alhamdulillah sewaktu ni, kami bru habiz program misi bantuan dan bergotong-royong pada tarikh yg sama 28/11/2010. Kire dalam pkul 11.15 pagi kami sekarang ni, berada di muara sungai Batu Pahat di Jalan Kampung Muhibbah, Peserai Batu Pahat....menaiki bot pak cik, yg membawa penumpang untuk ke seberang dengan hanya rm1.00 sahaja, alhamdulillah sungguh baik pak cik ini....kami semua dibwa pusing sekeliling muara sungai BP untuk melihat keindahan semula jadi yg Allah ciptakan sungguh menarik apabila melihat secara dekat.....hehehehe

Misi Bantuan dan Bergotong-Royong di rumah mak cik zaharah kerjasama Abim Batu Pahat, Bp Care, Insani, Aswa dan Rakan Muda Sri Medan










Assalammualaikum...
                            Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi, kerana dengan limpah kurnianya...dpt saya mmpnyai masa untk mengupdate blog saya. Pada kali ini, saya akan menceritakan mengenai aktiviti saya yang trbaru..alhamdulillah pada 28/11/2010 diadakan satu program iaitu misi bantuan dan bergotong-royong untuk membantu org yg dalam keadaan daif, serba kekurangan dan tidak mencukupi sesuatu....alhamdulillah jga pada kali ini Allah beri taufiq dan hidayah kepada kami dan rasa simpati ingin membantu seseorang insan warga tua yang dikenali dengan mak cik zaharah...keadaannya mmg mnyedihkan....hidup dalam serba kekurangan..dgn keadaan rumah yang sudah lama, hidup berseorangan dan sbgainya. Beliau mempunyai ank dan cucu, pada aslnya...mmg ank2 mak cik zaharah mahu membantu ibunya untuk keluar dri keadaan sebegitu, ttpi itu merupakan kehendak mak cik zaharah sendri untuk hidup secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa, beliau seronok menikmati dunia beliau.....Jadi kami daripada pelbagai agensi-agensi tergerak hati untuk membantu memberi sumbangan kepada mak cik zaharah disamping melakukan aktiviti bergotong-royong secara beramai-ramai.
                            Agensi-agensi yang terlibat sama dalam menjayakan program misi bantuan dan bergotong-royong adalah dari wakil agensi kami sendiri iaitu (Non-Goverment) NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Batu Pahat, INSANI (persatuan ibu tunggal) daerah batu pahat, ASWA ( Angkatan Wanita) daerah batu pahat, Rakan Muda kawasan Seri Medan dan penduduk kampung kg. Tambak, Jalan Muhibbah, Peserai Batu Pahat. Alhamdulillah Program ini, hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Masanya sekejap ttpi high impactnya sgt besar...
                             Pada permulaan program ini, kami diajarkan cara untuk merenggangkan badan, dengan melakukan Poco-Poco, mmg menarik dengan pelbagai teknik yg complicated, ttpi alhamdulilllah seronok, aktiviti bersenam poco-poco ini adalah untuk menyihatkan badan dan menguatkan tenaga kita InsyaAllah, dan selepas aktiviti ini baru kepada main event program, iaitu bergerak ke tapak perumahan mak cik zaharah, lebih kurang seramai 20 orang yang turut sama2 membantu mak cik zaharah ini.
                             Mudah2han dengan bantuan dan sumbangan yang tidak seberapa ini, dapat mengembirakan hati Mak cik zaharah, disamping mengurangkan bebannya, dan mudah2han jga yang paling penting niat kami untuk membantu adalah ikhlas kerana Allah taala, disamping simpati terhadap keadaan beliau. InsyaAllah, kami semua berharap dan berdoa agar mak cik berada dalam lindungan dan keredhaan Allah...
       

Daripada Saya Wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Batu Pahat
Wassalam....